Click here for Myspace Layouts

Nuffnang

Nuffnang

Isnin, 27 Disember 2010

Pembohongan Sejarah PALING BESAR dalam tamadun manusia

Sewaktu di sekolah menengah, kita sering mempelajari sejarah tentang kehidupan manusia yang dahulu sebelum kita. Sejarah menjadi teladan penting untuk diterapkan nilai-nilai murni seperti patriotisme ke dalam minda remaja. Bak kata pepatah, kita harus berpaling ke belakang sebelum terus maju ke hadapan supaya kita dapat mengambil iktibar dari peristiwa dahulu.


Antara topik pertama yang sering diajar dalam subjek sejarah ialah PRA-SEJARAH TAMADUN MANUSIA. Ya, seperti yang diajarkan kepada kita, zaman manusia bermula dengan zaman batu. diikuti zaman gangsa, besi da sebagainya. TETAPI dalam masa yang sama, kita juga belajar 25 zaman nabi kita, yang juga setiap nabi mewakili setiap kaum yang dipimpin di dalam subjek Pendidikan Islam. Dan setiap kaum yang dipimpin juga mempunyai TAMADUN yang tersendiri. Mereka dikurniakan harta-benda yang banyak, kemasyuran, kekayaan dan juga termasuk teknologi sains pada zaman tersebut. Tetapi oleh kerana kekufuran, keangkuhan dan keingkaran kepada ajaran nabi yang diutuskan menyebabkan semua ketamadunan itu dihapus dalam satu malam sahaja. Kalau difikirkan kembali tentu anda terasa pelik, kerana dalam sejarah yang kita belajar, semuanya bermula dari zaman batu, dimana manusia tidak tahu apa-apa, jahil dan juga tidak bertamadun, padahal dalam al-Quran sendiri menyebut nabi Nuh telah membina bahtera kapal yang besar, Kaabah telah wujud pada zaman nabi Adam dan kaum firaun pada zaman nabi Isa juga telah berjaya membina piramid yang besar!!!...



Isnin, 20 Disember 2010

Ganyang Malaysia: Isu Yang Mengancam Keamanan Negara


Sedang kita berjalan-jalan di kawasan rumah kita,
bercuti di tempat yang menarik,
atau bebas berjalan ke sana dan ke mari tanpa ada rasa
diancam oleh pengebom berani mati atau pengganas yang mengancam keselamatan kita,
DAN 
kadang-kadang kita sendiri tidak menyedari
ada segelintir manusia ini, sangat dengki melihat keamanan dan kemakmuran 
yang telah dikurniakan Allah kepada bumi bertuah dan tanah air tercinta ini.

Segelintir manusia sekarang sangat aktif di negara seberang laut sana, menyebarkan penyakit yang akan menimbulkan kebencian terhadap kita semua. Dengan matlamat kononnya mahu menjaga maruah negara mereka, mereka terus meracuni pemikiran bangsa mereka sendiri. 



Ahad, 19 Disember 2010

Satria Neo S2000: Harimau yang mula mengasah taring!!!

Mungkin, ramai rakyat Malaysia tidak tahu tentang kereta Satria Neo ini adalah salah satu kereta rally yang sedang naik pretasinya dan mula menampakkan BELANG SEBENAR dalam International Rally Challenge (IRC). Sejak Satria Neo mula dilancarkan, ia semakin mendapat tempat di kalangan pelumba kereta dan ini mendorong Proton memcipta enjin Campro Super 2000.

Sabtu, 18 Disember 2010

Awas dengan rumah baru anda!!!



Dek kerana pemaju perumahan di sekitar Sungai Petani, Kedah yang mahu menjimatkan kos apabila mahu membina rumah yang akan dihuni oleh pembeli, pemaju sanggup menagabaikan keselamatan penghuni semata-mata mahu menjimatkan kos membuat rumah...



Khamis, 16 Disember 2010

Saga FL

Gempak jugak kereta Saga FL ni... tak sangka Proton keluar awal sikit.. ingat tahun depan baru keluar... lepas ni, lagi ramai lah pengemar Saga. Save petrol pulak tu.. Syabas Proton..



SU-30 MKM Flanker TUDM





Pesawat versi Su-30MKM ini sebenarnya adalah versi pesawat Su-27 yang diperolehi dari firma Irkut Corporation melalui satu kontrak perolehan dari Rosoboronexport yang menyaksikan sejumlah 18 buah pesawat dihantar ke malaysia dalam tiga kumpulan, dengan enam pesawat bagi setiap penghantaran. Kini kesemua 18 pesawat telah pun diterima oleh TUDM dan kesemuanya berpangkalan di Gong kedah, yang merupakan kawasan bekas sebuah pangkalan udara tentera British. Perbezaan yang paling ketara ialah pemasangan pelbagai jenis sistem avionik, komunikasi dan sistem perlindungan

REJIMEN KE-11 KAD & PENDEKAR - PTD




Kor Armor DiRaja Tentera Darat Malaysia mempunyai sejarah penubuhan sebagai dua unit berasingan  dalam pasukan Tentera Persekutuan. Unit pertama adalah merupakan unit kenderaan berperisai yang pada asalnya adalah merupakan sebuah skuadron yang dikenali sebagai ‘Federation Armoured Car Squadron’ atau Skuadron Kenderaan Berperisai Persekutuan.
Ia ditubuihkan pada 1 September 1952. Pada masa

Proton ciplak Lancer jadi Inspira???


Keluar saja Proton Inspira, terus pengkritik Proton gelarakan ''PROTON PAKAR TIRU KERETA LAIN''..
Kalau difikirkan balik, agak keterlaluan jugak si pengkritik ni.
Tapi, ada tak si pengkritik ini, tahu yang Europestar, syarikat pengeluar kereta di China, ciplak Persona, Gen-2, Exora jadi kereta buatan China.
Rasanya, tak ramai yang tahu. tentu la ada sebab, kenapa Mitsubishi bagi kebenaran untuk Proton rebadge kereta Lancer. Dan

Apa Salah Proton???











Sebelum ini, setiap kerete keluaran Proton, mesti ada orang kutuk. macam-macam pengkrtik bebas mengutuk habis-habisan di tv atau laman sesawang internet yang lain. Aku pernah tengok sendiri kereta Satria Neo kena kutuk kat Top Gear.. fuhhh


Tapi, sekarang semua dah berubah. Peminat Proton

JAGUAR


Nama “Jaguar” mungkin bukanlah satu nama yang sinonim dengan pesawat-pesawat tempur canggih seperti Sukhoi, Eagle, Tomcat, Rafale  atau Raptor di kalangan kebanyakan individu yang meminati pesawat tempur moden. 
Ini mungkin kerana sejak beberapa dekad kebelakangan ini, pesawat-pesawat
 dari negara Rusia dan Amerika Syarikat dilihat mendominasi pasaran global. Selain itu sejak tahun 2005 konflik-konflik yang melibatkan pesawat udara terkini mungkin tidak lagi menyebut nama pesawat Jaguar dan ia juga telah dikeluarkan dari perkhidmatan dua negara yang sama-sama membangunkan program bagi menghasilkan pesawat tersebut, iaitu Perancis dan Britain.  Pada 2005 Perancis telah menghentikan penggunaan kesemua pesawat Jaguar sebagai pesawat tempur utamanya, manakala pada 2007, pihak tentera udara British pula melakukan perkara sama. Latar belakang program pesawat Jaguar
Program pesawat baru yang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak join?? Nak duit?? Cuma klik di bawah.. Jangan Tunggu lama-lama...