
Seperti model Europestar yang telah dinaik taraf komponen-komponen seperti bodykit dan interior dalaman, Neo kali ini mengalami satu revolusi yang menakjubkan selepas dinaiktaraf hampir 75% lebih moden dan sporty berbanding model Neo yang dikeluarkan oleh Proton. Jika dilihat semula, hanya lampu belakang sahaja masih dikekalkan bentuknya, tetapi bentuk luaran yang lain lebih hebat. Bentuk interior dalaman masih seperti Neo asal, tetapi menggunakan kemasan Carbon Fibre yang berwarna hitam dan digabungkan dengan warna merah. Antara yang nampak ketara ialah pada bonet, side skirt, spoiler, grill, bumper hadapan dan juga belakang.
Bagi penulis, hasil revolusi ini sudah tentu memberikan peluang yang sangat cerah kepada model Neo memandangkan semakin mendapat tempat di kalangan negara lain di dunia. Dan, penulis yakin, mungkin Satria Neo terbaru akan dilancarkan di Malaysia dan semestinya, penulis mengharapkan Neo kali ini lain dari yang lain. Wassalam..

Sumber: Pautan.com
Cantik!
BalasPadamGen-2 nyer grille baru tuh pon lawa jugak, tapi naper lampunya berwarna kuning?
Signal kot~~
BalasPadam