
Jika diberi pilihan untuk memiliki antara dua kereta model Proton Satria Neo dan Proton Persona, mungkin sukar bagi yang meminati Satria Neo, kerana pada masa yang sama, anda mempunyai keluarga yang mungkin memerlukan kereta sedan yang mempunyai ruang yang lebih luas... Namun, tanpa rakyat Malaysia sedari, di Arab Saudi, King Abdul Aziz City for Science and Technology (KACST) telah berkerjasama dengan Proton telah berjaya menghasikan model kacukan Satria Neo dan Persona, yang telah diberi nama (codename) Aseelah.