Click here for Myspace Layouts

Nuffnang

Nuffnang

Rabu, 3 Ogos 2011

Eurofighter TERHEMPAS!!


Berkenaan dengan calon penganti Mig29N milik TUDM, dalam senarai pendek, cuma tinggal 3 pesawat sahaja, iaitu:  
                    a) Eurofigter Typhoon
                    b) Dassault Rafale
                    c) F-18 Super Hornet

Tapi, setiap calon mesti ada kelebihan dan KEKURANGAN yang biasanya sukar kelihatan....TIADA calon MRCA yang BENAR-BENAR SEMPURNA!!!


Khamis, 2 Jun 2011

Proton Aseelah


Jika diberi pilihan untuk memiliki antara dua kereta model Proton Satria Neo dan Proton Persona, mungkin sukar bagi yang meminati Satria Neo, kerana pada masa yang sama, anda mempunyai keluarga yang mungkin memerlukan kereta sedan yang mempunyai ruang yang lebih luas... Namun, tanpa rakyat Malaysia sedari, di Arab Saudi, King Abdul Aziz City for Science and Technology (KACST) telah berkerjasama dengan Proton telah berjaya menghasikan model kacukan Satria Neo dan Persona, yang telah diberi nama (codename) Aseelah.


Selasa, 24 Mei 2011

Realiti Sihir dan Bomoh


Hantu?? Bagi yang belum pernah berjumpa, sudah tentu susah nak percaya.. Dan bila dah "berkenalan" dengan hantu, takut tak terkata... Tapi kadang-kadang, takut kita tu melebih-lebih la pulak.. Memang rasional kita takut pada sesuatu, tapi sebagai Muslim, kita kena la berani, sebab manusia sebenarnya lebih kuat dari makluk tersebut, dan hanya lemah jika iman kita sendiri pun tak sekuat mana... 

Isnin, 23 Mei 2011

Facebook anda kena HACK ??



Pernah tak Facebook (FB) anda tiba-tiba hantar mesej sendiri dan tanpa pengetahuan anda?? Kalau pernah, ini bermakna FB anda dah DICEROBOH atau diHACK oleh hacker/pengodam yang boleh berada di mana-mana sahaja.. Apa itu HACK atau HACKER ?? Rasanya ramai yang tak tahu dengan KERJAYA BARU INI.. Hacker sebenarnya bermaksud pengodam komputer yang menceroboh website tertentu.. Hacker adalah PENJENAYAH SIBER yang paling berbahaya kerana mereka mampu mengakses mana-mana website termasuk Facebook anda.. Pernah rakan penulis tiba-tiba sahaja gamnbar porno dipost ke dalam profile dia sendiri. Akibatnya, dah tentu malu.. Jadi, jangan pandang ringan dengan pengodam ini..

Selasa, 17 Mei 2011

Satria Neo S2000 edisi 2011



Selepas kejuaraan Asia Pacific Rally Challenge (APRC) melabuhkan tirai untuk 2010 di China, untuk tahun 2011, Pasukan Rally Proton Satria Neo S2000 kali ini muncul dengan jentera berwajah baru. Jentera yang menggunakan enjin Super 2000 hasil kerjasama Proton dengan Renault ini adalah salah satu kejayaan kejuruteraan yang berharga buat Proton kerana sudah beberapa kali menundukkan pencabar rali terkenal seperti Lancer dan Subaru. Kejayaan di APRC China tahun lepas telah membuktikan sesuatu untuk masyarakat dunia khasnya rakyat Malaysia bahawa "kereta murah" yang dahulu dikutuk dengan pelbagai reaksi negatif kini berjaya bersaing dangan pengeluar kereta yang lain.

Isnin, 9 Mei 2011

Satria Neo Artiga 2011



Youngman Automobile Group Ltd. bukan lagi syarikat asing dari China yang turut mengambil beberapa model Proton untuk dijadikan kereta keluaran syarikat tersebut hasil penjenamaan semula.. Antara model terkenal yang diambil dari model Proton ialah Gen-2 yang telah dinaiktaraf menjadi Europestar. Tapi, untuk tahun 2011 kali ini, sekali lagi syarikat tersebut mengambil Proton Satria Neo sebagai model untuk penjenamaan semula yang diberikan nama Artiga.. Ini merupakan respon terbaik untuk model tersebut memandangkan mendapat perhatian dari pengemar kereta berprestasi R3.

Ahad, 8 Mei 2011

Awas dengan lambang PEACE !!





Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).


Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin)

Jumaat, 6 Mei 2011

Demokrasi Atau Khalifah??

Isu kali ini, penulis nak bongkarkan lagi satu cerita di sebalik cerita... Seperti yang kita tahu, Malaysia, sebuah negara Islam yang kita duduki mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi dari Barat.. Tetapi persoalannya, kenapa kita tak menggunakan sistem Khalifah yang mempunyai pelbagai sistem dari Islam seperti majlis syura dan Baitulmal??... Dan, adakah demokrasi membawa keamanan kepada negara??




Sebelum kita pergi dengan lebih terperinci, jom kita berkenalan dengan demokrasi yang kita ikuti ini...

Khamis, 5 Mei 2011

Yahudi oh Yahudi.....



Yahudi oh yahudi.... bangsa yang licik dan kejam dalam senyap.... Kaum yang melalui pelbagai dugaan akibat kemurkaan Allah... Dari zaman Rasulullah,, dibenci, dihina, dilaknat sehingga zaman moden,, dibunuh oleh Hilter,, dihalau dari negara Eropah.. sehinggalah membina negara sendiri dan mula membalas dendam kepada umat dunia terutamanya umat Islam.... Sekarang,, ada hamba Allah yang sedar akan rancangan mereka... Nak tahu???


Antara  perancangan licik Ya'hudi yang mengandungi 8 perkara....

Rabu, 4 Mei 2011

Subuh yang berlalu..



Seorang lelaki muda bangun di awal pagi untuk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Isnin, 18 April 2011

Siapakah musuh Islam yang sebenar??



Siapakah musuh Islam yang sebenar???... hmmm... Seperti soal selidik yang dijalankan oleh penulis sebelum ini di facebook, ramai yang menjawab Yahudi adalah musuh Islam.


Dan ini adalah keputusan soal selidik tersebut:
1. Yahudi
2. Amerika
3. MUSUH ISLAM ADALAH DIRI SENDIRI



Jumaat, 15 April 2011

Peronda Polis UK Guna Kereta Proton


Tak sangka pulak penulis bahawa Polis United Kingdom menggunakan banyak Proton Waja atau Proton Impian sebagai kereta peronda bagi pasukan polis terbaik di dunia ini. Ingatkan, polis Malaysia sahaja yang guna kereta ini. Bagi penulis, sudah tentu tersemat rasa bangga kerana masyarakat dunia pun yakin dengan kereta buantan Malaysia. Apapun, syabas Proton....

Khamis, 7 April 2011

Satria Neo R3 Supercharged 2011

Belum lega demam Satria Neo R3 yang dilancarkan di Jepun, dah keluar lagi satu generasi terbaru Neo, iaitu Proton Satria Neo R3 Supercharged 

Sabtu, 26 Mac 2011

Bunuh diri adalah jalan ke Neraka...


Subhanallah... Inilah akibat daripda 'cinta buta ' atau cinta monyet yang tak berpijak pada dunia realiti... Kisah yang berlaku di KB Mall ini adalah sememangnya wajar diambil iktibar... Apabila manusia mencintai manusia lain melebihi cinta pada Penciptanya, inilah yang menimbulkan kemurkaan Allah terhadap manusia.. Sepatutnya, manusia perlu melebihkan cinta pada Tuhan-Nya. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.. jika kita tak berusaha untuk mengenal Allah, macam mana nak mencintai Allah..


Cara-cara nak melajukan broandband!!



Apa benda ni?? heheheh.... Ini adalah salah satu modifasi terbaru untuk melajukan internet.. Selepas mencubanya, internet tak la laju sangat, cuma sebagai salah satu nak selesaikan masalah internet yang TAK BOLEH nak connect.. Kadang-kala, bagi setengah tempat yang agak terpencil, coverage memang susah nak dapat. Jadi, berdasarkan satu teori, semua gelombang sama ada telefon, astro atau internet menggunakan frekuansi bunyi untuk berhubung.. Jadi, dengan mencipta alat yang boleh memerangkap bunyi, seperti Piring Broandband ni, dapatlah ia mengumpul bunyi yang paling halus untuk mendapatkan coverage.. 

Jadi, kalau berminat, sila ikuti cara-cara di bawah:

Khamis, 24 Mac 2011

Ber'couple ni best ker???


Couple??? Zina??? apa kaitan dua perkataan ini?? Couple atau maksud lainya 'berpasangan' adalah satu BUDAYA yang kini melanda dan mepengaruhi anak muda di Malaysia. Tak kiralah pelajar sekolah rendah, sekolah menegah dan terutamanya pelajar IPTA, semua boleh terlibat dalam gejala ini. Biasanya, pasangan yang ber'couple' atau hangat bercinta monyet ini akan saling berdua-duan, berpengang tangan, sering bersama, selalu bergayut dengan telefon samapai lewat malam, dan tak mustahil untuk melakukan ZINA!!... 

Rabu, 16 Mac 2011

Satria Neo R3 2011



Sejak ia mula dilancarkan,, kini pada tahun 2011,, Proton Holding Berhad mula mengorak selangkah  apabila Satria Neo R3 berjaya menembusi pasaran Negara Matahari Terbit iaitu Jepun... Dengan kerjasama Cusco,, Satria Neo sekali lagi dinaik taraf sebagai R3 dengan beberapa mengubahsuaian seperti brek, bodykit, enjin dan pelbagai lagi,,, Selain itu, Cusco turut berkerjasama dengan Proton untuk memiliki Satria Neo S2000 sebagai kereta Rally bagi syarikat tersebut

Selasa, 4 Januari 2011

Panadol Adalah RACUN!!!



SEBUAH KISAH BENAR....

Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ahad, 2 Januari 2011

Murtad di YouTube

Murtad??? Kes ni bukan kali pertama terjadi, tapi dah berulang kali jadi. Tak tahu la kenapa kes murtad ni semakin menjadi-jadi kat Malaysia. Semakin lama, semakin ramai pulak orang murtad ni. Yang baru masuk Islam atau saudara baru Islam yang murtad tu, tak la terkejut sangat. TAPI yang dah sememangnya lahir dari Islam pun, terfikir nak murtad?? Astaga...Sepatutnya, kita yang lahir dari Islam, sepatutnya bertuah, sebab tak perlu bersusah payah nak cari agama lain. Tapi kenapa la masih ada manusia yang tak takut dosa ni wujud di muka bumi Allah ni.. Agaknya kiamat dah terlalu dekat kot??

Selalu kita tengok kat tv atau surat khabar, ada ja kes murtad tersiar.Selalunya,  yang murtad kita akan jumpa orang yang memeluk ajaran sesat...Contoh paling mudah ialah ajaran sesat Ayah Pin. Selain tu, orang murtad ni ada yang masuk kumpulan tak senonoh, macam Black Metal atau Punk yang selalu buat pemujaan syaitan la, koyak Al-Quran la, dan macam-macam lagi.


Sabtu, 1 Januari 2011

Budak Sekolah Tahfiz Minta Sedekah???

Ada la satu hari ni, aku keluar berseorangan dengan menaiki kereta ke sebuah pasaraya Tesco, yang tak jauh dari rumah aku. Kebetulan mahu membeli barang keperluan untuk dibawa ke kolej UiTM tak lama lagi. So, petang tu, dah tak de keje ape nak buat, aku singgah ja la Tesco, sebab semua barang ada kat sana.


Tengah dalam perjalanan, aku singgah la di sebuah stesen minyak Petronas untuk isi minyak kereta. Masa nak isi minyak tu, datanglah seorang budak yang siap bersongkok dan pakai baju melayu. Kat tangan dia pulak aku tengok ada la resit dan sejenis ubat.






"Assalamualaikum bang, saya dari sekolah taufiz A*******m. Sekolah saya nak buat bangunan baru bang. Kalau boleh, abang beli ubat saya bang".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak join?? Nak duit?? Cuma klik di bawah.. Jangan Tunggu lama-lama...