Click here for Myspace Layouts

Nuffnang

Nuffnang

Ahad, 2 Januari 2011

Murtad di YouTube

Murtad??? Kes ni bukan kali pertama terjadi, tapi dah berulang kali jadi. Tak tahu la kenapa kes murtad ni semakin menjadi-jadi kat Malaysia. Semakin lama, semakin ramai pulak orang murtad ni. Yang baru masuk Islam atau saudara baru Islam yang murtad tu, tak la terkejut sangat. TAPI yang dah sememangnya lahir dari Islam pun, terfikir nak murtad?? Astaga...Sepatutnya, kita yang lahir dari Islam, sepatutnya bertuah, sebab tak perlu bersusah payah nak cari agama lain. Tapi kenapa la masih ada manusia yang tak takut dosa ni wujud di muka bumi Allah ni.. Agaknya kiamat dah terlalu dekat kot??

Selalu kita tengok kat tv atau surat khabar, ada ja kes murtad tersiar.Selalunya,  yang murtad kita akan jumpa orang yang memeluk ajaran sesat...Contoh paling mudah ialah ajaran sesat Ayah Pin. Selain tu, orang murtad ni ada yang masuk kumpulan tak senonoh, macam Black Metal atau Punk yang selalu buat pemujaan syaitan la, koyak Al-Quran la, dan macam-macam lagi.













Selalunya, inilah versi murtad yang kita selalu jumpa di media massa sekarang. Tak kira umur, bangsa, tempat,  semua keadaan boleh menyebabkan seseorang itu murtad, termasuk dalam internet!!! Ya, dalam internat yang kita bukak hari-hari tu pun boleh jumpa orang murtad!! Tak percaya?? Cuba tengok sendiri. Penulis pernah alaminya sendiri. So, sekarang kita kongsi pengalaman ini sama-sama, dan harap dapat beri pengajaran kepada kita semua. 
.........................................

Tengah aku dok syok layan YouTube, komen sana, komen sini. Seronok sungguh hari tu. Ya la, Malaysia menang piala AFF Suzuki baru-baru ni, kalahkan permaian Indonesia, 4-2. Sebelum ni, diorang berlagak sangat dengan menang 5-1. Pastu apa lagi, perang la kat YouTube tu.. Laser ke tak, janji menang.

Tapi tengah dok post komen tu, tiba-tiba, salah seorang sahabat dari channel lain, hantar mesej kat post channel aku..







TheRiusgnal (1 week ago)
akum bro.tolong masuk kt channel aku.ada satu melayu murtad nama dia stevaq...dh smpai tahap menghina islam...tolong aku selamatkan dia bro...

Terkejut aku tengok mesej tu.. Murtad?? Apa la yang aku nak buat ni??... Last-last, terus bukak Channel rakan aku sorang tu. Aku bukak post komen dia..







stevaq (1 week ago)

orang islam macam ko ni jadi islam sebab takut neraka je. kalau aku kristian sbg contoh, dan aku takut2kan ko dengan cerita neraka,malaikat maut berdasarkan agama aku, ko akan makan ke cerita2 aku? Of course tak kan?

tunggu dan lihat tu, let's say tuhan ko tu betul, tu urusan aku dgn tuhan la nanti, aku ada reason sbb apa aku tak percaya bukannya mcm ramai org yg peluk sesuatu agama sebab takut itu ini.

kalau ko rasa ko perlukan cerita2 neraka dan balasan syurga sbb nak jadi baik, go for it, good for you, ak tak rasa aku perlu nk percya dlm benda2 mcm tu untuk jadi baik.

ko mungkin gelak aku ckp baik sbb aku duk hina agama2 trutamanya islam. tp mmg org2 islam kat mesia ni kena bagi sedar pun, kalau ko tak nak stuju, tu hak ko la. aku bukannya takde toleransi mcm org2 islam yg perasan dia saja yg faham kebenaran, dan org lain tak dapat hidayah. orang2 terpilih la katakan.
stevaq (1 week ago)


ko ni sah2 org melayu, kalau dah tak tau nk cakap ape, nk attack family. aku bukan org2 bebal mcm ko.
family aku islam ke tak, tu urusan peribadi derang,

Aku pun apa lagi, terus balas komen tu... Tapi dah terlambat.. sebab si murtad tu dah off akaun channel dia. tak sempat aku nak selamatkan dia. Aku hanya mampu berdoa, harap-harap, ada hidayah yang akan sampai kat budak tu.. wallahualam...


...........................................

Ha, inilah kisah penulis dengan seorang yang murtad.. Tak sempat penulis nak selamatkan orang yang malang ni.. Tapi harap-harap, takkan ada lagi kes-kes macam ni.. 

Tapi kita yang masih hidup ini, kena la ambik iktibar. Zaman Umat Muhammad, adalah zamam paling penting bagi makluk yang bernama iblis dan syaitan. Pada waktu ini, syaitan akan menarik seramai yang mungkin umatnya untuk menjadi pengikutnya di neraka, kerana syaitan laknatullah dah berjanji kepada Allah, akan cuba menyesatkan semua cucu-cucu Adam, kecuali mereka yang patuh kepada Allah, sehingga hari kiamat.. Wallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak join?? Nak duit?? Cuma klik di bawah.. Jangan Tunggu lama-lama...