Click here for Myspace Layouts

Nuffnang

Nuffnang

Isnin, 18 April 2011

Siapakah musuh Islam yang sebenar??



Siapakah musuh Islam yang sebenar???... hmmm... Seperti soal selidik yang dijalankan oleh penulis sebelum ini di facebook, ramai yang menjawab Yahudi adalah musuh Islam.


Dan ini adalah keputusan soal selidik tersebut:
1. Yahudi
2. Amerika
3. MUSUH ISLAM ADALAH DIRI SENDIRI









Seperti yang dijangka, akan ramai yang akan menjawab Yahudi sebagai musuh Islam... Kenapa??... Sebab dari dulu kala lagi, Yahudi memang terkenal sebagai bangsa perosak, zalim serta pendusta... Dan jawapan ini sudah tentu berkait rapat dengan Serangan Israil terhadap Palestine, yang sampai sekarang masih belum berakhir... Dan Amerika pun musuh Islam juga ke??? Padahal Amerika adalah rakan dagang terbesar Malaysia!!... Dan menurut penganalisis ekonomi, kepesatan ekonomi Malaysia tak mungkin berkembang sehebat ini jika tanpa bantuan dari negara tersebut... Habis tu, macam mana nak cakap Amerika musuh Islam?? hmm... Mungkin kerana Amerika yang banyak membantu Yahudi memerangi umat Islam dan tindakan tenteranya menyerang negara-negara Islam yang lain... Yela, Amerika dah sumbang USD 90.2 billion untuk senjata Israil, kan banyak tu... Tapi siapa yang menjawab MUSUH ISLAM ADALAH DIRI SENDIRI, tahniah sebab penulis pasti, mereka adalah golongan yang menyedari apa sebabnya 1 milion umat Islam takut dengan 1 juta orang Yahudi dan kenapa Islam ditindas dan dicop sebagai pengganas...


                                


Sebelum kita mengetahui dengan lebih lanjut, jom kita selidik serba sedikit tentang musuh Islam yang kita ''geruni" sekarang ni... Kenapa Yahudi menjadi begitu kuat, sampaikan tidak menghirau organisasi PBB yang menggesa mereka hentikan serangan ke atas Palestine yang sehinnga kini masih bersendirian berjuang tanpa bantuan kuasa Islam yang lain.. Padahal, di sekeliling negara Israil itu adalah negara-negara Arab yang juga saudara Islam. dan, umat Islam di dunia sangat ramai berbanding dengan agama lain, tetapi kenapa mesti takut terhadap negara sekecil Israil???... adakah disebabkan teknologi ketenteraan Israil yang kuat mengatasi teknologi ketenteraan Islam?? TAK!!


Nak tahu sebab apa?? Kerana dalam hadis Rasulullah dah pun menyebut "Suatu hari nanti, umat-umat yang lain akan mengerumuni kamu seperti orang-orang yang sedang lapar mengerumuni hidangan mereka,,," lalu para sahabat bertanya,"adakah kerana umat Islam ketika itu bilangannya sedikit??''...lalu Baginda menjawab  "Tak, bilangan kamu sangat ramai ketika itu, tapi kamu hanyalah seperti buih-buih di lautan ,,,,, (kerana) Allah akan menhilangankan perasaan takut dari hati musuh kamu dan Allah akan campakkan Al-Wahn ke dalam hati kamu,"... dan sahabat baginda bertanya lagi.."apakah Al-Wahn itu wahai Rasullullah?"... dan Baginda menjawab, "Cinta pada kehidupan, benci pada kematian(syahid)"...Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad..


Jadi, jelaslah sekarang bahawa umat Islam sekarang hanya pentingkan diri sendiri. Israil dan konco-konconya bukannya kuat... Lagipun, Allah dah kurniakan minyak yang banyak kepada negara-negara Islam... Hebat macam mana sekalipun teknologi tentera mereka, jika Arab Saudi hentikan penghantaran minyak terhadap Amerika, bolehkah kereta kebal, kapal selam, jet tempur dan kapal perang berfungsi tanpa minyak??? TAK kan?...


Jadi, nak tahu siapa musuh Islam?? Cuba tengok contoh video yang penulis pernah saksikan sendiri ini..



Cuba fahami apa yang dimaksudkan dalam video ini... dah jelas siapa musuh Islam yang sebenarnya,,.. Sebenarnya, terdapat umat Islam sendiri yang menjadi musuh terhadap agamanya... Musuh seperti ini lebih berbahaya daripada musuh yang nyata kerana ia diibaratkan sebagai musuh dalam selimut yang boleh menghancurkan Islam itu sendiri... Dan musuh seperti sudah pun wujud dalam kehidupan pemuda Islam yang akan menjadi duri dalam daging yang boleh menjatuhkan martabat Islam,,..






Sedarlah,, ada sebabnya kenapa umat lain di dunia ini berani menghina agama yang kita sayangi ini... Kita sendiri terlalu terikut-ikut dengan cara kaum lain memerintah negara mereka... Contoh paling mudah,, di Malaysia sekarang keadaan politik kita sudah huru hara... Masing-masing leparkan fitnah dan tuduhan,, mengaibkan sesama sendiri,, sampaikan kedaulatan negara pun dipolitikan.... Padahal,,, masing-masing menganuti agama yang sama!!!...Tetapi kerana kuasa di dunia,, masyarakat Islam di Malaysia dah sanggup kianati saudara sendiri...





Jadi,, fikirkan lah siapa yang patut kita perangi... dan siapa patut KITA CARI... Sebelum kita berfikir untuk bebaskan Palestine dari cengkaman Yahudi,, adalah lebih baik kita berfikir,, apa yang kita nak buat dengan "musuh dalam senyap" seperti makluk Allah di atas... Adakah mereka layak menjadi idola pemuda Islam di Malaysia?? atau mereka lebih layak menjadi idola daripada Rasulullah sendiri? Atau patutkah kita menegakkan kembali sistem Khalifah menggantikan sistem demokrasi yang kononnya membawa keamanan kepada dunia... Fikirlah... Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak join?? Nak duit?? Cuma klik di bawah.. Jangan Tunggu lama-lama...