Click here for Myspace Layouts

Nuffnang

Nuffnang

Selasa, 24 Mei 2011

Realiti Sihir dan Bomoh


Hantu?? Bagi yang belum pernah berjumpa, sudah tentu susah nak percaya.. Dan bila dah "berkenalan" dengan hantu, takut tak terkata... Tapi kadang-kadang, takut kita tu melebih-lebih la pulak.. Memang rasional kita takut pada sesuatu, tapi sebagai Muslim, kita kena la berani, sebab manusia sebenarnya lebih kuat dari makluk tersebut, dan hanya lemah jika iman kita sendiri pun tak sekuat mana... 





Seperti petikan di atas, sama la jugak dengan sihir... Mula-mula kena sihir, agak susah nak percaya kalau diri dah terkena sihir.. Tapi bila dah tahu, terpaksa la cari iktiar untuk buang sihir.. Tapi kadang-kadang, kita terlalu taksub dengan sihir, sehingga demam sikit pun dah nak cari bomoh, kononnya demam itu kerana sihir..... Itulah realiti masyarakat Melayu yang beragama Islam..  Sampai satu tahap, bila sakit , terus pergi jumpa bomoh tanpa buat pemeriksaan di hospital terlebih dahulu.. Bila dah taksub sangat, si "tok Bomoh" tadi pun mula ambil kesempatan, cakap yang kononnya memang sakit angkara sihir.. Kemudian, mula la minta "pengeras" atau duit... Bila dah sedar kena tipu, nak menyesal pun dah tak berguna..




Sihir, seperti yang kita tahu, adalah berpunca daripada manusia yang kurang berpuas hati atau dengki terhadap manusia lain dan akhirnya meminta bantuan jin dan syaitan untuk memuaskan dendam dengan membuatkan orang yang dimusuhi menderita kesakitan.. Bagi yang terkena sihir, kebanyakanya hampir 70% pesakit tidak menyedari diri sendiri telah disihir.. Penulis sendiri pernah barjumpa dengan pesakit yang lebih 30 tahun disihir, tetapi tidak menyedarinya.. Biasanya, pesakit yang disihir mungkin akan dibenci orang sekeliling tanpa sebab musabah, sakit anggota badan, lumpuh, buta dan lebih teruk sekali, boleh menyebabkan kematian!!..




TANDA-TANDA SIHIR
 Antara tanda-tanda sihir yang mudah dikesan melalui mimpi ialah:
1. Bermimpi diserang haiwan ganas atau binatang yang berbisa seperti kala jengking, lipan, ular dan sebagainya
2. Bermimpi memakan makanan yang busuk dan jijik seperti mimpi makan ulat..
3. Bermimpi diganggu makluk halus atau hantu..
4. Bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi..




















Tanda-tanda sihir secara fizikal pula ialah:
1. Bahu terasa selalu lenguh dan sakit..
2. Badan terasa panas pada waktu magrib terutamanya mendengar azan..
3. Tidak dapat tidur malam..
4. Muntah berdarah.. 


Semua tanda-tanda fizikal tersebut hanya disyaki selepas perubatan moden gagal mengesan sebarang penyakit yang menyebabkan tanda-tanda tersebut.. Sebenarnya, masih banyak tanda-tanda disihir, tetapi penulis hanya dapat menyenaraikan tanda-tanda berdasarkan pengalaman sendiri sahaja... Dan berdasarkan pengalaman ini juga, sihir lebih mudah dikesan melalui mimpi..


RAWATAN MELALUI ISLAM
Sebenarnya, ada 3 kategori jenis rawatan yang selalu digunakan untuk merawat sihir, iaitu:
a. Bomoh atau pawang
b. Bomoh separa Islam 
c. Perubatan Islam





a. Bomoh dan Pawang
Bomoh bermaksud menggunakan bantuan jin, syaitan atau makluk halus lain untuk merawat atau menyihirkan orang lain... Mudah dikenali kerana menggunakan jampi serapah, asap kemenyan, sirih, keris atau pedang lama dan pelbagai lagi.. Cara rawatan melalui bomoh seperti ini sangat dilarang oleh Islam kerana ia adalah perbuatan syirik dan secara terang menggunakan bantuan syaitan.. Paling dikuatiri, bomoh tersebut bukan sahaja membuang "benda" yang mengganggu anda, tetapi telah memberikan "benda lain" mengikuti anda...


b. Bomoh separa Islam
Sebenarnya, agak susah untuk mengenali perubatan ini kerana cara rawatan hampir sama dengan rawatan Islam, iaitu menggunakan ayat-ayat al-Quran.. Walaubagaimanapun, ia masih dapat dikesan apabila bomoh tersebut masih menggunakan alatan seperti Bomoh/ pawang dan kerap menggunakan peralatan atau kain yang berwarna kuning, walaupun menggunakan ayat al-Quran..Sering juga pesakit akan diberi sejenis takal yang kononnya ditulis ayat al-Quran.  Dan, kadang-kala, bacaan ayat-ayat al-Quran tersebut kurang jelas ataupun bacaanya akan kurang jelas pada ayat-ayat tertentu.. Kebanyakkan bomoh jenis ini biasanya akan membiarkan makluk lain memasuki badanya semasa merawat pesakit atau mendapat ilmu bomoh melalui keturunan. Untuk rawatan jenis ini, sebenarnya kurang digalakkan kerana walaupun menggunakan ayat al-Quran semasa merawat, tetapi masih menggunakan bantuan jin dan makluk halus..




c. Perubatan Islam
Rawatan ini sangat disarankan oleh Islam kerana ia langsung tidak menggunakan bantuan makluk halus dan jin, sebaliknya menggunakan dan meminta pertolongan tidak lain hanya kepada Allah s.w.t. Menggunakan bacaan ayat al-Quran secara jelas dan kuat, malah kadang-kala perawat turut membaca ayat al-Quran sambil membuka al-Quran. Bukan bermaksud perawat tidak menghafal ayat tersebut, tetapi bertujuan untuk memastikan bacaan mengikut lajnah yang betul kerana semasa proses rawatan, syaitan akan sedaya upaya memesongkan bacaan al-Quran dan akan menyebabkan rawatan sihir tidak menjadi. Rawatan Islam langung tidak menggunakan alatan selain daripada air, garam dan limau yang dibacakan ayat suci al-Quran... 



REALITI SIHIR DAN BOMOH
Dalam mencari kaedah rawatan sihir, penulis mengakui, ramai umat Islam gagal mencari kaedah yang disarankan oleh Islam. Biasanya, pesakit yang disihir mungkin telah menghabiskan begitu banyak masa, tenaga dan duit untuk mengubati sihir. Jika difikirkan sejenak, ini sudah tentu akibat cara tersebut tidak diredhai Allah. Untuk rawatan Islam pula, perawat akan kelihatan secara zahir bersifat warak dan menutup aurat(bagi perawat wanita). Contoh perawat yang terkenal di Malaysia ialah Ustaz Harun Din, yang turut mempunyai pusat rawatan Islam tersendiri di Kuala Lumpur. Malahan, pesakit bukan Islam juga turut mendapatkan khidmat beliau dalam rawatan sihir. Ini membuktikan bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan indah kerana tidak pernah mengajarkan umatnya mengkianati manusia yang lain. Dan pembaca, harus diingatkan bahawa jangan sesekali memanggil perawat rawatan Islam sebagai "bomoh" kerana mereka bukanya meminta pertolongan makluk lain melainkan Allah.


(Semua yang penulis ceritakan di atas adalah sebahagian pengalaman penulis kerana ibu penulis juga seorang perawat Islam, menggunakan rawatan Islam dan juga seorang murid Ustaz Harun Din. Jika perlukan sebarang nasihat atau pandangan, bolehlah menghubungi admin di Facebook.)

1 ulasan:

  1. Rawatan pengasih ilmu putih jarak jauh/jarak dekat

    -tunang/kekasih berpaling hati
    -minyak pengasih
    -pelaris niaga
    -pelet
    -pemikat
    -buka aura
    -santau sum power
    -pelaris dalam galian
    -santau angin
    -santau tepuk bantal
    -santau patung
    -santau Siam
    -santau di Kedah
    -ilmu pengasih
    -ilmu penunduk
    -buka aura

    Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...

    WhatsApp +62 822 4631 1483

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak join?? Nak duit?? Cuma klik di bawah.. Jangan Tunggu lama-lama...