Click here for Myspace Layouts

Nuffnang

Nuffnang

Jumaat, 6 Mei 2011

Demokrasi Atau Khalifah??

Isu kali ini, penulis nak bongkarkan lagi satu cerita di sebalik cerita... Seperti yang kita tahu, Malaysia, sebuah negara Islam yang kita duduki mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi dari Barat.. Tetapi persoalannya, kenapa kita tak menggunakan sistem Khalifah yang mempunyai pelbagai sistem dari Islam seperti majlis syura dan Baitulmal??... Dan, adakah demokrasi membawa keamanan kepada negara??




Sebelum kita pergi dengan lebih terperinci, jom kita berkenalan dengan demokrasi yang kita ikuti ini...



APA ITU DEMOKRASI


Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik


Elemen dalam Demokrasi



1. Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, sama ada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki doktrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.
2. Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil
3. Rakyat diberi hak mengundi
4. Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya)
5. Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain
6. Kebebasan persatuan
7. Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang. Salahsatu pra-syarat    demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law
8. Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik.

Dan rasanya cukuplah setakat itu kita mengetahuinya... sekarang penulis nak berkongsi cerita dengan semua visitor yang melawat blog ini.. Pernah atau tak anda dengar kenapa sistem pemerintahan Khalifah terus tenggelam zaman tanpa ada satu negara pun mengikuti sistem itu kembali... Kerajaan yang terakhir menggunakan sistem tersebut adalah Kerajaan Uthmaniyyah dan sistem tersebut turut hilang sebaik sahaja kerajaan Bani Uthmanniyyah mengalami kejatuhan..
Tapi, di sebalik kajatuhan tersebut, mungkin ramai yang tak tahu, sebenarnya pihak Barat itu sendiri yang melenyapkan sistem Khalifah tersebut tanpa membenarkan mana-mana negara Islam menghidupkan kembali sistem tersebut.. Sebaliknya, pihak Barat telah menakluk negara Islam dan Arab, dan hanya memerdekakan negara yang ditakluk setelah negara itu bersertuju menerima sistem Demokrasi yang diperkenalkan.. Jadi, kadang-kadang penulis terfikir, kita dah beratus tahun dijajah oleh penjajah, terutamanya British.. Dan semasa kemerdekaan Tanah Melayu dahulu pun, Tun Abdul Rahman sendiri telah pergi ke Britain untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu, tetapi apa la yang agaknya beliau berbincang dengan pihak British sampai penjajah secara sukarela memberi kemerdekaan kepada negara? Kalaulah ada butiran terperinci pasal perbincangan itu, dah tentu ada lagi bukti yang Barat nak hapuskan Islam dari dunia..

Oleh itu, kita lihat dahulu sejarah lampau macam mana orang putih atau mat saleh ni nak hampuskan roh Islam dari masyarakat dunia:








Kurun ke-19: Pihak Barat diketuai oleh Britain dan Perancis mula menjajah Islam pada kurun ke-19. Pada masa yang sama, Pejuang kebangsaan Arab melancarkan perang terhadap Khalifah Uthmanyyiah. Dan pihak Britain turut mempunyai seorang tali barut mereka iaitu Faisal si pengkhianat, anak lelaki Sharif Hussain Mekah, seorang agen Britain.
Sharif Hussain Mekah




1915: Britain memulakan penaklukan ke atas Iraq.



1917: Deklarasi Balfour 1917 telah membenarkan  Britain mempersiapkan penubuhan "Israil"


11 Nov 1917: General Allenby. Ketua Pasukan Britain memduduki Palestin. Di sana, beliau memberikan ucapan sambil berkata, "Hari ini, Perang Salib telah berakhir"



1918: Kuasa kolonial menakluki ibu negara Khalifah, Istanbul. Tak lama selepas itu, Selat Bosporus jatuh di bawah kekuasaan Britain dan Perancis.

20 Nov 1922: Persidangan Lausanne bermula.
Dalam persidangan itu, Britain menuntut 4 perkara:
            1. Sistem Khalifah mesti dihapuskan
            2. khalifah mesti dibuang negeri.
            3. Harta Khalifah mesti dirampas
            4. Negara Turki yang baru mesti  didirikan atas dasar demokrasi.

Kemudian, Mustafa Kamal mula mengeluarkan ugutan, dan bertindak licik bagi memastikan semua pihak yang tidak bersetuju dengan tuntutan Britain, setuju menerimanya.. Walaubagaimanapun, usahanya gagal, lalu membubarkan persidangan parlimen secara paksa. Selepas pemilihan baru, persidangan parlimen kedua juga tidak menerima tuntutan itu. Namun, dia tetap menuruti kehendak Britain melalui konspirasi politik secara paksa.
 Mustafa Kamal

Dalam ketika itu, salah seorang Ahli Parlimen House of Commons memprotes Lord Curzon, iaitu dalang kepada perjanjian Lausanne, dengan mempersoalkan, "kenapa Turki diberi kemerdekaan sedangkan negara Arab ditakluki?"... Lalu Lord Curzon menjawab, "Faktanya sekarang adalah bahawa Turki telah musnah dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan dalamnya, iaitu KHALIFAH dan ISLAM."


3 Mac 1924: AKibatnya, khalifah ketika itu dikepung dan diusir. Akhirnya sistem Khalifah telah dihapuskan setelah Mustafa Kamal, pengkianat Islam mengistiharkan penghapusan Khalifah di Istanbul dan Khalifah dibuang negeri pada hari yang sama. Pihak Britain pula secara rasminya melantik Mustafa Kamal sebagai presiden dan inilah harga yang perlu dibayar kepada Britain dengan mengadaikan maruah Islam untuk menjadi seorang presiden.

Jadi, tertubuhlah republik Turki sekular yang baru.. Sistem pendidikan Barat diperkenalkan kepada semua sekolah manakala tulisan Latin dikuatkuasakan namun tulisan Arab dimansuhkan. Turki secara realitinya sekarang telah menggunakan sistem demokrasi setelah dipengaruhi oleh Amerika


2011: Turki kini berhadapan dengan cabaran baru apabila Tudung atau purdah dilarang di negara tersebut. Kemudian, negara yang dirampas daripada Kerajaan Bani Uthmaniyyah telah dipecahkan kepada beberpa negara dan dimerdekakan..




Lihatlah, bertapa liciknya pihak Barat bersama-sama pengkianat Islam melenyapkan roh Islam terhadap manusia di dunia. Kemudian, negara yang dahulunya milik Kerajaan Bani Uthamniyah telah dipecahkan oleh pihak Barat dengan menggunakan dasar "pecah dan perintah" bagi mengelakkan umat Islam kembali bersatu.. Dan seperti yang kita tahu, pihak Barat sememangnya mahu menghapuskan pengaruh Islam dari muka bumi apabila berjaya menawan seluruh tanah Arab.. Akan tetapi, Allah itu lebih berkuasa dari segalanya. Rancangan mereka untuk menghapuskan Islam tetap gagal walaupun berjaya memecah belahkan hampir semua umat Islam..

Jadi, perkara yang perlu dilakukan untuk menyekat kebangkitan Islam adalah satu cara sahaja, iaitu rancangan untuk membuatkan masyarakat dunia benci dengan Islam. Dan selepas itu, munculah tragedi 11 September, dimana Islam dilabel sebagai pengganas. Dan tragedi tersebut umpama lesen untuk menyerang negara Islam seperti Afganistan dan Iraq. Tetapi rancangan mereka sekali lagi gagal. Masyarakat dunia bukan membenci Islam, tetapi lebih ramai manusia memeluk Islam terutamanya di Eropah itu sendiri..


Demokrasi di Malaysia
Dah macam-macam isu terjadi kat Malaysia... Isu yang paling panas sekali dah tentu la isu pasal politik... Kalau bukak surat khabar pun, page mula-mula sekali mesti pasal politik dulu.. Masing-masing mengutuk pihak lawan, antara pihak kerajaan dengan pembangkang dah ada pengikut sendiri... Yang menyedihkan, kebanyakkannya bangsa MELAYU yang beragama ISLAM.. Masing-masing nak menang piliharaya, mereka ingat AMANAH tu benda main-main ka?? Amanah yang dipegang sekecil mana sekalipun, Allah akan tanya suatu hari nanti.. Kita akan dipertanggungjawabkan segala amanah yang ditanggung.. 


Antara pembangkang dengan kerajaan, masing-masing nak bukak aib orang lain... Sekejap isu kes bunuh, kes liwat, kes video seks dan macam-macam kes?? Ini ka yang dipanggil DEMOKRASI?? Bebas bersuara, berhimpun dan mengutuk sesama sendiri.. Sedarlah, umat Islam sekarang dah semakin berpecah belah... Yang paling dilaknat sekali, orang yang menghalang penyatuan Umat Islam.. Kalau 10 tahun lagi politik Malaysia masih macam ni, percayalah, kita akan terlibat dalam perang dan runsuhan seperti yang berlaku di Mesir dan negara-negara lain sebelum ini.. Nak ka jadi macam tu? 










Ingatlah, jika kita membuka aib orang lain dengan niat segaja, insyallah,, Allah akan bayar CASH pada manusia macam ni, dengan membuka aib kita sehingga berada dalam rumah sekalipun.. Dan inilah kesan jangka panjang sistem demokrasi yang kita ikuti sekarang.. Nak ubah sistem ni?? macam mustahil ja bunyinya... Kepada pembaca artikel ini, penulis bukan nak berpolitik, tetapi nak sedarkan orang yang kuat berpolitik ni, sudah-sudah la bergaduh.. Wallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak join?? Nak duit?? Cuma klik di bawah.. Jangan Tunggu lama-lama...