Click here for Myspace Layouts

Nuffnang

Nuffnang

Khamis, 16 Disember 2010

SU-30 MKM Flanker TUDM





Pesawat versi Su-30MKM ini sebenarnya adalah versi pesawat Su-27 yang diperolehi dari firma Irkut Corporation melalui satu kontrak perolehan dari Rosoboronexport yang menyaksikan sejumlah 18 buah pesawat dihantar ke malaysia dalam tiga kumpulan, dengan enam pesawat bagi setiap penghantaran. Kini kesemua 18 pesawat telah pun diterima oleh TUDM dan kesemuanya berpangkalan di Gong kedah, yang merupakan kawasan bekas sebuah pangkalan udara tentera British. Perbezaan yang paling ketara ialah pemasangan pelbagai jenis sistem avionik, komunikasi dan sistem perlindungan
yang kemprehensif menggunakan sistem atau teknologi Barat seperti sistem dari Thales, Saab Avitronics dan Rhode & Schwartz yang dianggap lebih sempurna. Perolehan ini sememangnya adalah merupakan pelan jangka panjang TUDM yang meletakkan kepentingan memperolehi pesawat-pesawat MRCA sebagai antara keperluan paling utama.


Perolehan pesawat SU-30MKM sebenarnya adalah bagi memenuhi kehendak operasi TUDM yang mencabar. Umpamanya pesawat-pesawat MIG-29N mempunyai keupayaan membawa bahan api yang agak terhad menyebabkan jarak operasinya adalah dalam radius yang rendah. Kewujudan pesawat SU-30MKM telah membolehkan TUDM untuk melaksanakan operasi unjuran kuasa yang turut merangkumi kawasan Sabah dan Sarawak, tanpa melaksana operasi pengisian bahan api di udara. Malah pesawat Su-30MKM mempunyai parameter yang begitu tinggi dan efisyen sehinggakan buat pertama kalinya dalam sejarah TUDM, ia kini memiliki pesawat tempur yang mampu beroperasi atau terbang mengatasi had tempoh masa pemanduan oleh seorang juruterbang jet tempur yang dibenarkan. Pihak Rusia juga telah bersetuju untuk membekalkan TUDM dengan pelbagai jenis sistem persenjataan yang komprehensif dan boleh dipasangkan terus kepada pesawat. Ini termasuklah sistem peluru berpandu udara ke udara seperti R-73, R-27ER1, R-27ET1 dan R77. Bagi sistem udara ke permukaan pula termasuklah sistem peluru berpandu Kh-29T, Kh-29TE, KH-29, sistem peluru berpandu anti-radiasi Kh-31P serta peluru berpandu anti kapal permukaan Kh-31A.







Pada peringkat awal, cabaran yang paling utama bagi pesawat tersebut ialah untuk memastikan bahawa integrasi pesawat, sistem avionik dan persenjataan serta penderia mampu berfungsi sebagai satu unit. Ini adalah perkara yang paling utama untuk mana-mana pesawat yang menggabungkan beberapa jenis sistem dari pengeluar dan sistem berbeza. Malah pihak TUDM kini dikatakan menghabiskan sebahagian besar dari masa yang diperuntukkan bagi memastikan kesemua sistem mampu berintegrasi dengan baik dan bakal tidak akan menimbulkan sebarang masalah dikemudian hari. Pada LIMA 2009 kali ini, seperti terdahulu, sebuah pesawat SU-30MKM telah mempamerkan aksi dinamiknya dengan menonjolkan kemampuan daya manuver tinggi menggunakan sirip kecil hadapannya serta sistem plat brek yang berada di bahagian belakang pesawat disamping sistem tujahan vektor di bahagian ekzos pesawat. Jika dilihat kepada kemampuan pesawat SU-30MKM, ia berada dalam kelasnya tersendiri dan mungkin perolehan lebih banyak pesawat sedemikian, sepertimana yang ditawarkan oleh pihak Rusia, iaitu mengembalikan pesawat-pesawat MIG-29N kepada mereka dan sebagai timbal-balik, lapan buah lagi pesawat SU-30MKM bakal diperolehi oleh pihak TUDM adalah sesuatu yang agak menarik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak join?? Nak duit?? Cuma klik di bawah.. Jangan Tunggu lama-lama...