Click here for Myspace Layouts

Nuffnang

Nuffnang

Sabtu, 18 Disember 2010

Awas dengan rumah baru anda!!!



Dek kerana pemaju perumahan di sekitar Sungai Petani, Kedah yang mahu menjimatkan kos apabila mahu membina rumah yang akan dihuni oleh pembeli, pemaju sanggup menagabaikan keselamatan penghuni semata-mata mahu menjimatkan kos membuat rumah...





Kejadian ini berlaku ketika seorang pelajar tahun 4, dekat sini, sedang mandi di bilik air rumahnya yang baru diduduki 2 tahun. Ketika sedang mandi, singki seramik yang berada di rumahnya tiba-tiba jatuh, dan akibatnya, serpihan seramik itu menghempas kaki pelajar tersebut.Dan ketika artikel ini ditulis, pelajar masih berada di wad kecemasan dan menunggu untuk memasuki bilik bedah di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Pelajar tersebut dimaklumkan mengalami kecederaan serius di kaki dan mengalami pendarahan.


Selepas disiasat pemilik rumah tersebut, didapati singki yang terjatuh itu berpunca daripada cara pemasangan singki tersebut ketika rumah tersebut masih dalam pembinaan. Ini kerana cara pemasangannya tidak seperti yang selalu digunakan, iaitu mempunyai dua batang besi yang menampung singki seramik yang berat itu, tetapi hanya dicakuk pada 2 keping logam yang dilekatkan pada dinding tandas tersebut.




 Ibu kepada pelajar terbabit mengulas mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju perumahan kerana gagal memenuhi ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan oleh undang-undang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak join?? Nak duit?? Cuma klik di bawah.. Jangan Tunggu lama-lama...