Click here for Myspace Layouts

Nuffnang

Nuffnang

Selasa, 17 Mei 2011

Satria Neo S2000 edisi 2011



Selepas kejuaraan Asia Pacific Rally Challenge (APRC) melabuhkan tirai untuk 2010 di China, untuk tahun 2011, Pasukan Rally Proton Satria Neo S2000 kali ini muncul dengan jentera berwajah baru. Jentera yang menggunakan enjin Super 2000 hasil kerjasama Proton dengan Renault ini adalah salah satu kejayaan kejuruteraan yang berharga buat Proton kerana sudah beberapa kali menundukkan pencabar rali terkenal seperti Lancer dan Subaru. Kejayaan di APRC China tahun lepas telah membuktikan sesuatu untuk masyarakat dunia khasnya rakyat Malaysia bahawa "kereta murah" yang dahulu dikutuk dengan pelbagai reaksi negatif kini berjaya bersaing dangan pengeluar kereta yang lain.










Untuk tahun ini juga, Proton turut menyambut salah satu pasukan rali yang baru dari Jepun, iaitu Satria Neo Cusco yang buat pertama kalinya menggunakan enjin Campro CPS untuk jentera rali buat pasukan tersebut. Walaupun kuasa yang dihasilkan oleh enjin tersebut tidaklah sekuat ngauman enjin  S2000, tapi pasukan tersebut berjaya membuktikan bahawa pembangunan Campro CPS oleh Proton tidak sia-sia memandangkan pasukan tersebut kini manjadi pasukan antara yang terbaik dengan pasukan baru yang lain. Malah, pasukan dan jurutera Cusco turut memuji casis dan prestasi Satria Neo kerana berjaya menamatkan kejuaraan Rally Malaysia yang berlangsung di Johor baru-baru ini, tanpa mengalami masalah. Memandangkan Cusco turut serta dalam meluaskan pasaran Satria Neo di Jepun, sudah tentu kereta tersebut kini mengalami satu lagi peningkatan teknologi apabila Satria Neo R3 Cusco telah dinaik taraf dan berjaya menambat hati beberapa pasukan lumba di negara matahari terbit tersebut.










Untuk kejuaran tahun lepas, Satria Neo berjaya memintas mata keseluruhan Subaru dan merapatkan mata dengan Lancer, tetapi untuk tahun ini, diharapkan dengan wajah dan inspirasi baru, Satria Neo diharapkan boleh mengenggam trofi untuk tahun ini dan seterusnya melayakkan diri memasuki International Rally Challenge (IRC). Tahun ni, di , Satria Neo berada di belakang mata pemandu Lancer Evo10, iaitu Rifat Sungkar. Good luck Neo...







 















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak join?? Nak duit?? Cuma klik di bawah.. Jangan Tunggu lama-lama...