Click here for Myspace Layouts

Nuffnang

Nuffnang

Isnin, 9 Mei 2011

Satria Neo Artiga 2011



Youngman Automobile Group Ltd. bukan lagi syarikat asing dari China yang turut mengambil beberapa model Proton untuk dijadikan kereta keluaran syarikat tersebut hasil penjenamaan semula.. Antara model terkenal yang diambil dari model Proton ialah Gen-2 yang telah dinaiktaraf menjadi Europestar. Tapi, untuk tahun 2011 kali ini, sekali lagi syarikat tersebut mengambil Proton Satria Neo sebagai model untuk penjenamaan semula yang diberikan nama Artiga.. Ini merupakan respon terbaik untuk model tersebut memandangkan mendapat perhatian dari pengemar kereta berprestasi R3.










Seperti model Europestar yang telah dinaik taraf komponen-komponen seperti bodykit dan interior dalaman, Neo kali ini mengalami satu revolusi yang menakjubkan selepas dinaiktaraf hampir 75% lebih moden dan sporty berbanding model Neo yang dikeluarkan oleh Proton. Jika dilihat semula, hanya lampu belakang sahaja masih dikekalkan bentuknya, tetapi bentuk luaran yang lain lebih hebat. Bentuk interior dalaman masih seperti Neo asal, tetapi menggunakan kemasan Carbon Fibre yang berwarna hitam dan digabungkan dengan warna merah. Antara yang nampak ketara ialah pada bonet, side skirt, spoiler, grill, bumper hadapan dan juga belakang.







Dari sistem enjin pula. Youngman Artiga turut menghasilkan enjin sendiri hasil pindahan teknologi dari Proton iaitu Campro CPS tetapi ditambah komponen tambahan iaitu Supercharger yang boleh menghasilkan 180 kuasa kuda dan 200 Nm kuasa tork. Sistem ini dilihat hampir sama dengan model Neo terbaru. iaitu Satria Neo R3 Supercharger.








Bagi penulis, hasil revolusi ini sudah tentu memberikan peluang yang sangat cerah kepada model Neo memandangkan semakin mendapat tempat di kalangan negara lain di dunia. Dan, penulis yakin, mungkin Satria Neo terbaru akan dilancarkan di Malaysia dan semestinya, penulis mengharapkan Neo kali ini lain dari yang lain. Wassalam..
















































Sumber: Pautan.com

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak join?? Nak duit?? Cuma klik di bawah.. Jangan Tunggu lama-lama...