Click here for Myspace Layouts

Nuffnang

Nuffnang

Selasa, 4 Januari 2011

Panadol Adalah RACUN!!!



SEBUAH KISAH BENAR....

Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ahad, 2 Januari 2011

Murtad di YouTube

Murtad??? Kes ni bukan kali pertama terjadi, tapi dah berulang kali jadi. Tak tahu la kenapa kes murtad ni semakin menjadi-jadi kat Malaysia. Semakin lama, semakin ramai pulak orang murtad ni. Yang baru masuk Islam atau saudara baru Islam yang murtad tu, tak la terkejut sangat. TAPI yang dah sememangnya lahir dari Islam pun, terfikir nak murtad?? Astaga...Sepatutnya, kita yang lahir dari Islam, sepatutnya bertuah, sebab tak perlu bersusah payah nak cari agama lain. Tapi kenapa la masih ada manusia yang tak takut dosa ni wujud di muka bumi Allah ni.. Agaknya kiamat dah terlalu dekat kot??

Selalu kita tengok kat tv atau surat khabar, ada ja kes murtad tersiar.Selalunya,  yang murtad kita akan jumpa orang yang memeluk ajaran sesat...Contoh paling mudah ialah ajaran sesat Ayah Pin. Selain tu, orang murtad ni ada yang masuk kumpulan tak senonoh, macam Black Metal atau Punk yang selalu buat pemujaan syaitan la, koyak Al-Quran la, dan macam-macam lagi.


Sabtu, 1 Januari 2011

Budak Sekolah Tahfiz Minta Sedekah???

Ada la satu hari ni, aku keluar berseorangan dengan menaiki kereta ke sebuah pasaraya Tesco, yang tak jauh dari rumah aku. Kebetulan mahu membeli barang keperluan untuk dibawa ke kolej UiTM tak lama lagi. So, petang tu, dah tak de keje ape nak buat, aku singgah ja la Tesco, sebab semua barang ada kat sana.


Tengah dalam perjalanan, aku singgah la di sebuah stesen minyak Petronas untuk isi minyak kereta. Masa nak isi minyak tu, datanglah seorang budak yang siap bersongkok dan pakai baju melayu. Kat tangan dia pulak aku tengok ada la resit dan sejenis ubat.






"Assalamualaikum bang, saya dari sekolah taufiz A*******m. Sekolah saya nak buat bangunan baru bang. Kalau boleh, abang beli ubat saya bang".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak join?? Nak duit?? Cuma klik di bawah.. Jangan Tunggu lama-lama...