Click here for Myspace Layouts

Nuffnang

Nuffnang

Sabtu, 1 Januari 2011

Budak Sekolah Tahfiz Minta Sedekah???

Ada la satu hari ni, aku keluar berseorangan dengan menaiki kereta ke sebuah pasaraya Tesco, yang tak jauh dari rumah aku. Kebetulan mahu membeli barang keperluan untuk dibawa ke kolej UiTM tak lama lagi. So, petang tu, dah tak de keje ape nak buat, aku singgah ja la Tesco, sebab semua barang ada kat sana.


Tengah dalam perjalanan, aku singgah la di sebuah stesen minyak Petronas untuk isi minyak kereta. Masa nak isi minyak tu, datanglah seorang budak yang siap bersongkok dan pakai baju melayu. Kat tangan dia pulak aku tengok ada la resit dan sejenis ubat.






"Assalamualaikum bang, saya dari sekolah taufiz A*******m. Sekolah saya nak buat bangunan baru bang. Kalau boleh, abang beli ubat saya bang".



Spotan saja budak tu cakap. Tapi, bila aku tengok ubat tu, aku rasa was-was pulak nak beli. Ye la. Sekarang ni, ubat palsu banyak dah orang jual. So, aku fikir, elok aku derma saja duit kat budak tu. Dalam dompet aku masa tu, cuma ada RM$ ja, yang lain duit besar. Maklum lah, baru dapat gaji. Aku pun hulur saja la duit tu kat budak tu. Tapi lain pulak yang jadi....


"Mana cukup Bang, saya bukan mintak sedekah. Saya jual ubat bang. Tak mahal, RM$$ ja. Tolong la beli abang".


Tersentak aku dengar budak tu cakap. Aku nak derma RM$, tapi budak ni tak mau pulak. Nak suruh aku beli ubat dia jugak. Ape lagi. Mula la aku rasa marah kat budak tu. Ye la, bagi betis nak paha. So, aku dengan lemah lembutnya aku cakap kat budak tu.


"Adik, mana boleh adik jual ubat macam ni. Adik ni masih budak gi. Tanggungjawab adik bukan jual ubat ni walaupun untuk kumpul dana nak buat sekolah baru, tapi tanggungjawab adik ialah belajar. Abang boleh buat report polis tau sebab adik masih bawah umur, Kalau sedekah boleh la. Kalau sekolah adik nak buat bangunan baru sekalipun, tu tanggungjawab pihak sekolah, bukan adik".


Budak taufiz tu hanya tertunduk bila aku cakap macam tu. Pastu, terus pergi. Kawan2 dia tengok aku dari jauh. Aku pun, blah la. Start enjin, terus pergi.







Aku rasa daripada dulu lagi dah ramai dah budak-budak kecik yang dah bersongkok yang pergi tegur semua orang yang dia nampak. Diorang ni bersongkok dan ramai yang cakap diorang ni budak-budak sekolah agama or tahfiz yang macam persatuan or swasta.
Masa dulu akal pendek aku cakap yang diorang ni peminta sedekah, tapi aku silap besar. Memang masa dulu-dulu ada musim suruh budak kecik kutip duit and minta sedekah. Tapi sekarang ni banyak budak-budak yang bersongkok ni jual kalendar Islam, ubat serta kismis dan buku serta kad yang berunsurkan keislaman.
Acap kali aku fikir punya fikir.. Siapalah dalang yang suruh diorang buat kerja-kerja macam ni. Kadang-kadang sampai lewat malam. Bawah matahari terik tengah hari buta.. Diorang buat semua ni untuk siapa.. Tak penat ke diorang buat semua ni.. Taknak report kat siapa-siapa ke…
Tapi ada satu masa tu aku fikir yang diorang ni buat semua ni untuk diri diorang sendiri dan kawan-kawan diorang. Korang rasa macam tu tak? Yalah.. Diorang ni aku rasa memang datang dari keluarga yang susah. Masuk sekolah tahfiz ni pun macam tempat kebajikan.
Makin lama makin ramai budak-budak yang masuk sekolah tahfiz ni yang aku pandang macam rumah kebajikan, anak yatim yang berkonsepkan ilmiah dan keislaman. Tapi bila dah ramai, sumber kewangan diorang mesti tak cukup punya. So diorang buatlah benda-benda macam ni..
Aku rasa kerajaan patut buatlah satu sekolah macam asrama penuh untuk budak-budak yang datang dari keluarga susah ni. Supportla semuanya.. Apa ada hal.. Projek besar-besar boleh buat, takkan nak bagi beras  diorang ni makan pun tak boleh. Lepas tu buatkan macam sekolah asrama penuh, ada belajar ada sukan..
Diorang ni tak boleh nak harapkan pergerakan badan-badan swasta yang ciput-ciput je. Kerajaan kenalah buat something kan.. Budak-budak ni semua masa depan Malaysia ni. Kalau orang kerajaan or sesiapa je lah yang bertanggungjawab fikir perut gendut masing-masing je, sampai kiamat pun tak settle.


70% Copyright from: www.ridzuanrichie.com

2 ulasan:

  1. xsemua bdk2 2 btol2 bdk tahfiz...kdg2 sstgh pihak hanya mggunakan nama walhal ianya bukanlah sprti apa yg disgkakn....tp yg paling pnting,klu dkt Malaysia mereka trdiri drpd org melayu...
    persoalannya siapa yg menjadi penaung mereka??
    mmg dari sudut lain tidak wajar sorg pljr/budak bawah umur mmnta derma...
    tp berdasarkan pengalaman, madrasah,sekolah2 tahfiz swasta bnyak bergantung kpd sumbangan org ramai...
    disebabkan skrg ni trlalu bnyk yg mggunakan nama pljr tahfiz..ianya memberi kesan dan pndangan negatif pelbagai pihak terhadap mereka...
    bagi hal anda wahai sahabat...mmg tidak wajar pljr trsbut brkata dan mlakukan perbuatan trsebut...
    yg mnjadi masalahnya ialah siapa dalang disebalik kejadian tersebut dan adakah mereka itu benar2 sorg pljr tahfiz???
    so fikir2kanlah jwpnnya...

    BalasPadam
  2. betoi tu...sepatutnya kna ada undang2 yg melarang plajar atau budak bawah umur mintak sedekah.. dah la rakyat malaysia ni byak murah hati...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak join?? Nak duit?? Cuma klik di bawah.. Jangan Tunggu lama-lama...