Click here for Myspace Layouts

Nuffnang

Nuffnang

Isnin, 20 Disember 2010

Ganyang Malaysia: Isu Yang Mengancam Keamanan Negara


Sedang kita berjalan-jalan di kawasan rumah kita,
bercuti di tempat yang menarik,
atau bebas berjalan ke sana dan ke mari tanpa ada rasa
diancam oleh pengebom berani mati atau pengganas yang mengancam keselamatan kita,
DAN 
kadang-kadang kita sendiri tidak menyedari
ada segelintir manusia ini, sangat dengki melihat keamanan dan kemakmuran 
yang telah dikurniakan Allah kepada bumi bertuah dan tanah air tercinta ini.

Segelintir manusia sekarang sangat aktif di negara seberang laut sana, menyebarkan penyakit yang akan menimbulkan kebencian terhadap kita semua. Dengan matlamat kononnya mahu menjaga maruah negara mereka, mereka terus meracuni pemikiran bangsa mereka sendiri. 




Bagi yang tahu akan kisah atau isu Ganyang ini, mesti tahu betapa seriusnya isu ini.
Tapi bagi yang tidak sedar akan isu ini, sudah tentu terfikir, " Apa salah kita sampai sanggup membenci kita".
Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, taip saja perkataan GANYANG kat mana-mana saja enjin pencari atau lebih mudah, taip saja kat YouTube... Mesti jumpa macam-macam versi pasal kebencian terhadap kita

 
 

 Apa itu Ganyang??
Bagi penulis, perkataan Ganyang adalah berasal dari Indonesia, yang membawa maksud mudah dalam bahasa kita. iaitu boikot, hapus atau musnahkan. Secara keseluruhannya, Ganyang Malaysia  membawa maksud musnahkan dan boikot Malaysia. 

Sejarah Ganyang Malaysia.
Rasanya tentu kita ingat perkataan ganyang yang pernah diajar dalam buku teks sejarah masa di sekolah menengah dulu. Ya, kita bukan kali pertama diganyang macam tu, tapi isu ganyang ini telah timbul sejak Malaysia mencapai kemerdekaan lagi!! Masih ingat tak tentang pencerobohan tentera Indonesia terhadap Malaysia, sewaktu usia kemerdekaan negara masih terlalu muda. Ketika itu, negara kita masih bernama Persekutuan Tanah Melayu, dan dalam perbincangan mahu mengabungkan Sarawak, Sabah, Brunai, dan Singapura dengan Malaysia. Dan isu itu menjadi serius sehingga Filiphina menuntut Sabah dan Indonesia juga menuntut Sabah dan Sarawak. Dan setelah itu British menjadi orang tengah dengan mendapatkan persetujuan dan pandangan orang Sarawak, Sabah, Brunai dan Singapura yang akhirnya Sarawak dan Sabah sahaja yang bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu dan selepas itu, lahirlah Malaysia. Namun, Indonesia dan Filiphina masih tidak berpuas hati tentang gabungan ini. keadaan manjadi lebih serius setelah tentera Indonesia mengancam Malaysia dengan menggunakan kuasa ketenteraan dan mencerobohi sempadan Malaysia. Oleh kerana Malaysia ketika itu tidak mempunyai sebarang kelengkapan ketenteraan, Malaysia bertindak menandatangani perjanjian pertahanan dengan British dan menyertai pakatan Komenwel. Dan isu ini berakhir setelah MAPHILINDO ditubuhkan bagi memulihkan keamanan di Asia Tenggara.

Faktor yang mendorong kebangkitan semula isu Ganyang..
Mengikut kajian yang dijalankan sendiri oleh penulis dan beberapa rakan yang lain. Penulis mendapati terdapat beberapa perkara yang menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat Indonesia dan seterusnya isu ini dihidupkan kembali. Antaranya ialah:

1. Isu Ambalat
  Isu ini adalah isu pencerobohan kapal perang TLDM, iaitu KD Yu dan KD Ganas di sempadan Malaysia-Indonesia di barat Sabah. Isu Ambalat ini secara tidak langsung mula merosakkan hubungan Malaysia-Indonesia dan ditambah pula dengan Panglima Laut TNI, menuduh TLDM sengaja menceroboh sempadan walhal masalah ini berpunca daripada kesalahan pemetaan di sempadan tersebut.

2. Pengaruh Media Indonesia


Keadaan isu ini bertambah teruk apabila media Indonesia telah menerbitkan rancangan 'ganyang' ini dengan mengadakan perbincangan yang menyentuh sensiviti umum sehingga menimbulkan kemarahan rakyat Indonesia terhadap Malaysia dan ini telah memburukkan lagi keadaan. Berbanding di Malaysia, isu ini kurang didedahkan di media Malaysia kerana bimbang akan memburukkan lagi keadaan, tetapi media bertindak dengan dengan membenarkan sinetron Indonesia memasuki pasaran Malaysia. Terbaru, Les Copaque Production telah menjemput artis dari Indonesia untuk mencipta lagu baru Upin dan Ipin.

3. Kes jenayah dan penderaan amah Indonesia 
Kes ini selalu menjadi perbualan hangat di media Indonesia dan menjadikan ia sebagai 'point' penting dalam menjayakan rancangan tv di sana. Keadaan ini menimbulkan dendam dan kebencian terhadap Malaysia dan seterusnya menghidupkan lagi isu ini menjadi lebih parah.

4. Isu ciplak(klaim) budaya Indonesia.. 

Inilah isu paling remeh pernah penulis dengar. Dari isu kain batik, tarian pendet, bahasa, wayang kulit, sehingga isu rendang ayam yang selalu kita makan masa hari raya pun boleh jadi isu. Padahal semua persamaan ini berpunca dari sejarah kita sendiri kerana dahulu, Malaysia dan Indonesia adalah satu Kepulauan Melayu. Sebab itulah bahasa, agama dan budaya Malaysia dan Indonesia hampir sama.

Sampai bila rakyat Indonesia mahu membenci Malaysia??
Sebenarnya, bukan semua rakyat Indonesia membenci negara kita. kebanyakkan daripada mereka yang pernah berkerja di Malaysia atau mereka yang berpelajaran tinggi juga berangapan bahawa perang bukan satu jalan yang sesuai kerana ia bukan melibatkan isu besar, tapi melibatkan isu remeh. Maka sudah tentulah meja rundingan perlu diaturkan dalam menyelesaikan masalah ini. Presiden Indonesia sendiri pernah bercakap semasa majlis pembukaan pameran ketenteraan, Indodefence di Jakarta baru-baru ini, mengulas "tiada satu pun negara di dunia mahu perperangan sebagai jalan penyelesaian tanpa perbincanga diplomatik terlebih dahulu''. Ini jelas membuktikan bahawa president mereka juga mahu menjaga hubungan baiknya dengan rakan negara yang lain memandangkan juga 2.5 juta rakyat Indonesia masih berkerja di negara kita.

Namun, segelintir manusia beginilah yang akan menjadi penyakit yang merebak di seluruh pemikiran rakyat Indonesia. Mereka menghasilkan bermacam-macam video yang akan menyebabkan kebencian di dalam Youtube. Oleh itu, melalui saluran Youtube penulis sendiri di FieEzify's Channel, bersama rakan-rakan channel yang lain, seperti   gokusonic92, samjohor65, wanelken dan ramai lagi sama-sama membantu BERDEBAT dalam Youtube dan membidas segala hujah mat-mat Indon ini (mereka ini tidak layak digelar rakyat Indonesia) di dalam Youtube. Alhamdulilah, penulis juga setakat ini berjaya menyedarkan 2 orang rakyat Indonesia bertapa pentingnya keamanan bersama. 

Nasihat penulis kepada semua rakyat Malaysia, kita jangan terlalu mudah terikut dengan suasana ketika berdepan dengan situasi seperti ini. Kadang-kala, untuk menyedarkan mereka yang membenci kita, cara halus atau lembut lebih berkesan berbanding dengan cara kasar. Penulis sendiri mengakui, kadang-kala pemberi komen di Youtube sendiri menggunakan pelbagai bahasa kotor dan ini bukan menyelesaikan masalah, malah menjadikan keadaan lebih tengang. Ingatlah, Nabi takkan mengaku umatnya yang menumpahkan darah saudara sendiri melainkan tiga sebab, iaitu orang yang membunuh orang lain, orang yang melakukan zina bagi yang sudah berkahwin dan orang yang memisahkan dirinya dari Islam (murtad).

 Untuk mengikuti perkembangan isu ini, sila follow blog ini, atau follow laman Youtube penulis di FieEzify's Channel. Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak join?? Nak duit?? Cuma klik di bawah.. Jangan Tunggu lama-lama...