Click here for Myspace Layouts

Nuffnang

Nuffnang

Khamis, 2 Jun 2011

Proton Aseelah


Jika diberi pilihan untuk memiliki antara dua kereta model Proton Satria Neo dan Proton Persona, mungkin sukar bagi yang meminati Satria Neo, kerana pada masa yang sama, anda mempunyai keluarga yang mungkin memerlukan kereta sedan yang mempunyai ruang yang lebih luas... Namun, tanpa rakyat Malaysia sedari, di Arab Saudi, King Abdul Aziz City for Science and Technology (KACST) telah berkerjasama dengan Proton telah berjaya menghasikan model kacukan Satria Neo dan Persona, yang telah diberi nama (codename) Aseelah.










Model Aseelah ini buat pertama kalinya telah dipamerkan kepada orang awam sewaktu pameran Evhibition for Motor Vehicles di Riyadh, yang berlangsung baru-baru ini. Model rekaan KACST ini bakal menjadi kereta keluaran Arab Saudi yang pertama dan ini menunjukkan, negara Arab tersebut telah pun memberikan insyarat yang positif dan membuktikan bahawa industri automotif pertama negara tersebut akan mengeluarakan kereta buatan tempatan. Model tersebut disasarkan kepada rakyat berpendapatan serdahana dan rendah, dengan harga mampu milik.



Namun, apa yang membuatkan ADMIN tertanya-tanya ialah, sejak bila pula Proton telah berkerjasama dengan KACST untuk membangunkan model Aseelah. Mungkin Proton akan memindahkan teknologi kepada negara serantau Arab dalam bidang automotif seperti mana yang kerjasama dengan Youngman  Group dari China. Walaubagaimanapun, Model Aseelah masih dalam peringkat prototaip yang masih memerlukan kata putus sebelum ia mula dilancarkan. Jika program Aseelah gagal, model tersebut mungkin hanya sekadar kereta konsep sahaja.. Tetapi jika ia berjaya dilancarkan, sudah tentu ramai rakyat Malaysia akan berbangga dengan Proton.



Sumber Gambar : Google.com

2 ulasan:

  1. Wah... kereta pon boleh main kacuk-kacuk ek? I suka jendulnya. Har har!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak join?? Nak duit?? Cuma klik di bawah.. Jangan Tunggu lama-lama...