Click here for Myspace Layouts

Nuffnang

Nuffnang

Sabtu, 26 Mac 2011

Bunuh diri adalah jalan ke Neraka...


Subhanallah... Inilah akibat daripda 'cinta buta ' atau cinta monyet yang tak berpijak pada dunia realiti... Kisah yang berlaku di KB Mall ini adalah sememangnya wajar diambil iktibar... Apabila manusia mencintai manusia lain melebihi cinta pada Penciptanya, inilah yang menimbulkan kemurkaan Allah terhadap manusia.. Sepatutnya, manusia perlu melebihkan cinta pada Tuhan-Nya. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.. jika kita tak berusaha untuk mengenal Allah, macam mana nak mencintai Allah..





























Ini adalah salah satu fenomena yang sepatutnya tidak berlaku di negara Islam.. Kebanyakkan negara yang mencatatkan kadar bunuh diri paling tinggi di dunia seperti Indonesia dan India, punca utama bunuh diri ialah kesempitan hidup dan tekanan perasaan.. Tapi contoh yang kita lihat di atas, bukan sebab seperti itu, tapi kerana cinta buta yang membuatkan manusia tak berfikir panjang dan tak waras.. Berbaloikah mati katak kerana cinta yang fana.. Cinta itu milik Allah, dan hanya pinjaman semata-mata, tapi jika Allah tarik saja nikmat cinta itu, manusia dah sanggup tarik nyawa sendiri..


Sedarlah, bunuh diri adalah jalan paling bodoh yang tak sesuai untu makhluk yang berakal seperti manusia.. Jika kita membunuh diri, maknanya kita mencabuli hak Allah, kerana Dia sahaja yang berhak atas nyawa dan roh manusia.. Maka itu, manusia seperti ini takkan dapat menikmati syurga buat selama-lamanya dan akan menjadi penghuni neraka Jahannam yang kekal... Dan sebagai balasanya di Neraka al-Jahannam, manusia akan berulang kali melakukan cara pembunuhan itu tanpa henti.. Ini bermakna, jika sesorang membunuh diri dengan cara terjun dari bangunan tinggi, maka di neraka nanti, dia akan terjun seperti di dunia, tetapi dihidupkan kembali, dan mengulangi cara yang sama.. Wallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak join?? Nak duit?? Cuma klik di bawah.. Jangan Tunggu lama-lama...