Click here for Myspace Layouts

Nuffnang

Nuffnang

Khamis, 24 Mac 2011

Ber'couple ni best ker???


Couple??? Zina??? apa kaitan dua perkataan ini?? Couple atau maksud lainya 'berpasangan' adalah satu BUDAYA yang kini melanda dan mepengaruhi anak muda di Malaysia. Tak kiralah pelajar sekolah rendah, sekolah menegah dan terutamanya pelajar IPTA, semua boleh terlibat dalam gejala ini. Biasanya, pasangan yang ber'couple' atau hangat bercinta monyet ini akan saling berdua-duan, berpengang tangan, sering bersama, selalu bergayut dengan telefon samapai lewat malam, dan tak mustahil untuk melakukan ZINA!!... 




Seperti yang kita ketahui, hukuman pada penzina mengikut syarak dan syariah Islam, Penzina yang belum berkahwin akan disebat sebanyak 100 kali manakala bagi penzina yang sudah berkahwin, akan direjam sampai mati.. Inilah hukum hudud yang dilaksanakan di negara Islam Asia Barat.. Tetapi di Malaysia, hukuman ini tidak dijalankan mengikut hudud, sebaliknya dipenjara, disebat beberapa kali atau gantung sampai mati.

Jadi, kenapa 'couple' boleh dibaratkan sebagai Zina? Sebenarnya, kebanyakan umat Islam di Malaysia terutamananya tidak faham dengan konsep zina yang sebenarnya. Jika ditanya kepada golongan umum tentang zina, sudah tentu ramai akan menjawab sebagai hubungan kelamin atau seks di luar nikah. Dan jawapan sebegini sebenarnya adalah SALAH. 
Gambar di atas meunjukkan bukti bahawa umat Islam zaman sekarang masih tidak dapat memahami maksud zina yang sebenarnya. 

Zina bukan sahaja dikategorikan sebagai zina melalui badan, tetapi terdapat lagi beberapa kategori yang lain. Antaranya:

1. Zina Mata- iaitu dengan melihat aurat wanita yang bukan muhram
2. Zina Mulut- iaitu dengan bercakap perkataan terhadap wanita bukan muhram
3. Zina Hati - iaitu dengan membayangkan perkara yang berkaitan dengan lucah
4. Zina Tangan- iaitu menulis perkataan untuk berhubung pada wanita bukan muhram tanpa tujuan.

Pada yang tidak tahu kategori ini, jangan berpura-pura terkejut, kerana parkara ini sebenarnya telahpun disebut dalam al-Quran dan diajarkan pada manusia ketika berada di sekolah lagi. Jadi, tanya diri anda sendiri. Dalam ilmu fekah atau kita Al-Fiqh, telahpun dijelaskan bahawa "jika seseorang lelaki muslim berhubung tanpa tujuan dengan seorang wanita muslim, ia sudah pun dianggap sebagai mendekati zina, kecuali dengan niat dan tujuan''. Ini bermakna, jika seorang lelaki dan perempuan berbual kosong mahupun hanya mahu bertanya khabar, jika tidak berkaitan dengan urusan, maka ia sebenarnya telahpun dianggap mendekati zina. 

Persoalanya, adakah pasangan yang ber'couple' ini boleh dianggap sebagai mendekati zina? YA. Pasangan ber'couple' ini bukan setakat melakukan dosa, tetapi juga menghampiri zina. Dan seperti yang disebutkan dalam al-Quran,'Dan janganlah kamu MENGHAMPIRI zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kepada kerosakan).' –surah al-Isra:32 . Dan kita dapat lihat, Allah TIDAK berfirman "jangan kamu berzina", tetapi berfirman "jangan kamu MENGHAMPIRI zina". Jadi, adakah anda sebagai daripada kategori golongan di atas?? Jika ia, bertaubatlah pada Allah selagi matahari tidak muncul di sebelah barat(kiamat).

Namun, terdapat lagi satu kemuskilan tentang couple ini, iaitu COUPLE CARA ISLAM.. Adakah ia dibenarkan?? TAK PERNAH DIBENARKAN DALAM ISLAM. Jika ada yang membenarkanya, ketahuilah bahawa ia perkara syubhah. Dan janganlah sesekali kaum Adam berkasih sayang dengan kaum Hawa sebelum melafaz akad nikah. Jika tidak, ia telah menandakan bahawa kiamat sudah terlalu hampir dengan kita. Budaya Barat ini sangat tidak sesuai dengan tamadun Islam.. Bagi sesetengah pendapat, bercinta selepas berkahwin lebih bermakna daripda bercinta sebelum berkahwin, kerana sebelum berkahwin, manusia masih tidak menghirup kemanisan bercinta itu. Dan jika manusia bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah, insyallah ganjaran syurga adalah PASTI miliknya.. Wallahualam...

(jika terdapat sebarang kesalahan fahaman yang ana lakukan, beritahulah ia di ulasan blog ini)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak join?? Nak duit?? Cuma klik di bawah.. Jangan Tunggu lama-lama...