Click here for Myspace Layouts

Nuffnang

Nuffnang

Isnin, 27 Disember 2010

Pembohongan Sejarah PALING BESAR dalam tamadun manusia

Sewaktu di sekolah menengah, kita sering mempelajari sejarah tentang kehidupan manusia yang dahulu sebelum kita. Sejarah menjadi teladan penting untuk diterapkan nilai-nilai murni seperti patriotisme ke dalam minda remaja. Bak kata pepatah, kita harus berpaling ke belakang sebelum terus maju ke hadapan supaya kita dapat mengambil iktibar dari peristiwa dahulu.


Antara topik pertama yang sering diajar dalam subjek sejarah ialah PRA-SEJARAH TAMADUN MANUSIA. Ya, seperti yang diajarkan kepada kita, zaman manusia bermula dengan zaman batu. diikuti zaman gangsa, besi da sebagainya. TETAPI dalam masa yang sama, kita juga belajar 25 zaman nabi kita, yang juga setiap nabi mewakili setiap kaum yang dipimpin di dalam subjek Pendidikan Islam. Dan setiap kaum yang dipimpin juga mempunyai TAMADUN yang tersendiri. Mereka dikurniakan harta-benda yang banyak, kemasyuran, kekayaan dan juga termasuk teknologi sains pada zaman tersebut. Tetapi oleh kerana kekufuran, keangkuhan dan keingkaran kepada ajaran nabi yang diutuskan menyebabkan semua ketamadunan itu dihapus dalam satu malam sahaja. Kalau difikirkan kembali tentu anda terasa pelik, kerana dalam sejarah yang kita belajar, semuanya bermula dari zaman batu, dimana manusia tidak tahu apa-apa, jahil dan juga tidak bertamadun, padahal dalam al-Quran sendiri menyebut nabi Nuh telah membina bahtera kapal yang besar, Kaabah telah wujud pada zaman nabi Adam dan kaum firaun pada zaman nabi Isa juga telah berjaya membina piramid yang besar!!!...





Bahtera Nabi Nuh yang ditemua di Ararat, bukti kemampuan teknologi manusia....




























DAN INI




  
Kewujudan piramid, bukti teknologi pembinaan, zaman manusia pada masa lampau....
DAN JUGA INI.....



Kaabah telah wujud pada zaman Nabi Adam lagi dan al-Quran juga membuktikan bahawa Nabi Adam juga sudah pandai berkata-kata dan berkelakuan seperti kita...


Semua bukti ini adalah paling kukuh, dan tidak boleh dipertikaikan sama sekali oleh manusia terutamanya umat Islam sendiri. Dan adakah manusia zaman batu boleh membina seperti gambar di bawah ini??







Persoalanya disini, adakah nabi Adam diturunkan oleh Allah sehina ini?? Walhal, Allah telah mengajarkan ilmu yang tidak pernah diajarkan pada makluk-makluk lain.



Sebenarnya, zaman batu TAK PERNAH WUJUD!!!, zaman gangsa hanya DOGENG.....sebelum ini, tanyalah sesiapa pun tentang zaman pra-sejarah, mesti akan jawab zaman dogeng ini....tetapi sebenarnya kita semua telah ditipu bula-bulat,, kita ditipu sehingga hampir seluruh dunia mempercayainya...Inilah penipuan sejarah yang paling besar dalam tamadun manusia!!! 

Anda mesti nak tahu, siapakah dalang di sebalik penipuan sejarah ini.. Inilah dia Charles Darwin dan penyokong teori evolusi...









Sebagai umat Islam, kita sepatutnya mengkaji sesuatu sejarah perlulah berdasarkan al-Quran, bukan sekadar mengkaji dari sudut sains semata-mata. Kerana akal manusia juga mempunyai batasnya dan sedangkan al-Quran merupakan kalam Allah, yang tiada cacat celanya... Tujuan al-Quran menceritakan semua kisah-kisah kaum terdahulu ialah untuk memberi iktibar kepada kita. dan kita seharusnya mengambil iktibar daripadanya...Dan, pembohongan ini juga patut menjadi iktibar kepada kita!!!

9 ulasan:

  1. nak buat macam mana....negara kita negara islam pon setuju dengan sejarah palsu...zaman batu paleolitik, mesolitik, neolitik....

    macam mana nak betulkan?? kepada anak2 kita sajalah tempat kita ceritakan hal sebenar

    BalasPadam
  2. ya... tapi masih belum terlambat untuk membuat pembetulan dan perubahan... pihak kementerian pendidikan perlu kaji semula topik zaman pra-sejarah ni... sebagai umat Islam, kita tak bleh biarkan generasi seterusnya percaya penipuan ni....

    BalasPadam
  3. nie kan sejarah,sejarah msti yng btul
    btul lha tu zaman paleolitik adalah zaman batu kan dorng jmpa btu hah
    aq percya zaman paleolitik,neolitik,logam tu jer,
    yng teori dri monyet jdi manusia tu yng aq mrh nbi adam kan manusia tkkan boleh jadi mnyet pstu manusia......bodoh punya barat!!
    anak sialan orang barat!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa objek batu/logam yang mereka jumpa itu memang wujud dan digunakan. Mungkin itu kepunyaan beberapa kelompok manusia yang terpisah daripada kelompok yang bertamadun. Sebab ramai yang bertamadun tu semuanya angkuh dan Allah ranapkan mereka hingga hilang terus kesannya. Yang tinggal hanya beberapa untuk peringatan manusia yang terkemudian.

      Padam
  4. persoalannya sekarang nak percaya teori dari ahli akreologi ka atau nak percayakan A-_Quran... Nabi sendiri pernah menyebut, maksudnya,, "umatku pada akhir zaman akan datang satu fitnah yang besar"... Adakah pembohongan ini yang dimaksudkan fitnah oleh Baginda..?? Wallahualam...

    BalasPadam
  5. some people said that these architecture were built by the help of extraterrestial beings.you know like aliens.thats what some people believe in.about the evolution theory,you have to know about the survival of the fittest.yeah you can say that evolution cannot be proven scientifically, but why there are a group of people in this world which we called eugenicist that can be said built by accepting this theory that make human become more intelligent(although their agenda is to depopulate the world).

    BalasPadam
  6. Ini kan hanya teori. dan tergantung kita mau percaya kepada siapa. baiknya adalah biarkan itu menjadi sebuah teori dan pebelajaran, Sedangkan Al-Quran juga tidak memaksakan umat untuk percaya. Ini kembali pada diri kita masing-masing, dan Darwin juga hanya mengemukakan apa yang dia temui melalui fosil-fosil. Kita tidak ada hak untuk mengatakannya itu suatu penipuan. Yang yang jelas itu suatu pengetahuan yang perlu adanya filter dari penerima informasinya. Yang baik kita ambil, yang jelek yang jangan cukup dengan itu saja. tidak menanggapinya sebagai penipuan. Apalagi dipublikasikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ceteknya akal fikiran kamu ni saudara..yahudi hanya menzesatkan umat nabi adam dan dunia..kalau nak tahu semua pemberi ideology dan teori dalam dunia ni kuasai oleh yahudi..kalau tak percaya cari dan kajilah nama-nama ahli idealogy dan teori dalam dunia ni..semoga allah permudahkan dan luaskan pemikiran saudara..amin

      Padam
  7. Baccarat | Best Online Casino in Canada - FEBCasino
    Online Casino for Real Money ➜ Join FEBCasino now and 바카라 gain exclusive bonus of 200% up to C$1600 for your first three 메리트 카지노 deposits. kadangpintar

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak join?? Nak duit?? Cuma klik di bawah.. Jangan Tunggu lama-lama...